Sekarang aku tahu kenapa sang raga ini masih aku kemas elok di sebalik ria
Dahulu aku cuba pelihara dengan harapan dapat mengubahnya
Namun aku yang rebah, rebah jua di tangan sang dewata
Maafkan hamba, hamba cumalah hamba
Hamba yang khilaf, hamba yang hina

Sekarang aku tahu kenapa sang raga ini masih aku kemas elok di sebalik ria
Kerna aku tahu, aku tidak pernah sempurna

Sebelum tersasar jauh, aku pilih untuk mengalah
Pergi dari kasih, lari dari indah
Biarlah

Allah maha bijak dalam mengatur kehidupan umatNya
Bila tiba masa pasti akan ada
Untuk aku, untuk dia, untuk kita
Yang sempurna

klise, basi.

it's not me who's too choosy, nor you who failed to open my heart. truth, i look for a man, not a guy.

kadang-kadang kita tak perlu jumpa untuk terus bercerita dan mengenali. kerna saya bukan pencerita agung. jangan sempitkan minda dan sibuk mahu ke arah itu kerna saya tidak punya masa untuk kamu. jika kamu bijak, kamu patut tahu segala formula sebelum soalan dikemuka.

jangan melihat perempuan sebagai perempuan, hargai mereka sebagai wanita. jangan menilai wanita dari pemakaiannya kerna tak semestinya bertutup litup itu mulia, dan terbuka sini sana itu hina.

saya terikat dengan perjanjian namun jangan tambat saya dengan harapan.

kalau.

Kalaulah aku usaha lebih
Mungkin hujung minggu itu aku yang duduk tersengih

Panggil aku pathetic
Panggil aku pelakon plastik

Kalaulah dia tau yang aku pernah cuba
Tak, aku tak segigih juliet dia



-Deep inside my heart (31st July 2010)

DSP.

tebal tebal cebisan pokok
tunduk tunduk kepala mengantuk
high pass, low pass, I pass

segak di hadapan menambah pahala
sugul di belakang memanggil dosa
memang lumrah begitu
ilmu masuk otak tepu

pening pening
lambatnya pusing
hiburan, syaitan, godaan, haish!



-Digital Signal Processing Lecture (17th August 2009)

emosi.

rasa macam nak mati dari sesalan bodoh
penat hidup atas landasan angin sial
jirim rela dihempas taufan dihanyut ombak
padan muka hahaha gelakkan aku sampai senak

rasa macam nak telan segala asap jahat
sampai pusing nampak dunia baru
yang mana hanya ada aku aku dan aku
tiada ikatan dengan perjanjian tipu
tiada komitmen yang kononnya itulah landasan baru
tiada muka-muka tipikal melayu

rasa macam nak hilang terus
rasa macam nak keluarkan hati biar tak ada rasa

biarlah aku jadi orang pertama yang "game over"
sebab aku ada dalam tiada
dunia buat aku buta.
di satu sudut sang wanita mengerengkot
mencuri nafas untuk terus hidup

biar dia tinggalkan bumi pinjaman ini
lama amat dia bersahabat dengan sakit perit
terkilan cukup terkilan
kerna tidak pernah mengikuti ceritanya
bersama ketika akhir nafasnya sudah cukup, mungkin?
haish

air mata ego segan mahu tumpah malam itu
namun wanita tetap wanita
di saat jasadnya ditimbus
di saat rumah barunya hilang dari pandangan
satu-persatu cerita indah terus mengejek keegoanku
air mata mengalir sederas kelajuan cahaya

aku hanya mampu berdoa dari jauh
semoga dunia baru yang dihuni lebih indah dari yang ini
intailah kami jika rindu, masuk ke mimpi jika perlu

al-fatihah buat mak long (1962-2010)
terlalu muda untuk pergi :'(

dua puluh satu.

bila mana warna-warna berganjak hilang
bila mana datang malam membunuh siang
bila mana jiwa sugul malap terang

banyak fasa aku dah jamah
banayak wajah aku dah telaah

tangisku tawaku
riangku hibaku

bibir tak mampu, mata menipu
hati celaru, sakit membiru

apa yang ada biar aku rasa
apa yang lepas biar aku kemas
apa yang datang biar aku pegang

nafasku hidupku
hilangku matiku
Tuhan sahaja tahu