manusia dan kemanusiaan.

bencinya aku pada binatang yang hidup atas nama manusia
jijiknya aku pada jin yang bertopengkan agama
manusia sama dengan binatang tak kurang juga dengan jin telanjang

aku benci manusia
kerana manusia dianugerahkan perasaan yang membusuk
kerana manusia dianugerahkan otak yang pincang
kerana manusia dianugerahkan pancaindera yang selalu terkena kejutan budaya
kerana manusia dianugerahkan akal tapi entah apa-apa

gilanya aku kerana semua manusia pun gila.

first love.

when we were twelve
you and me
sat together touch the sky
when we were twelve
you and me
so close till hard to say goodbye

i know i know i know
we might be young
but no but no but no
keep on call me sayang

i made this as a lyrics(in progress), but still i didnt get the melody yet.
ah sialan kau
lambat semua, lembab segala
aku rimas, lemas

hey manusia
timbulkanlah rupa hodohmu
kerana aku sudah penat menunggu, membatu mendungu.

not good, not good.

i dont understand people
yet people never understand me
a simple sorry aint hard, it was mine perhaps
read a sign, make some senses
will you?

if you dont wanna feel like a putz
collect the clues and connect the dots
you'll see the pattern that is bursting your bubble
and it's bad

keep on throwing a shit
i use reason on my brain

bunuh masa itu.

masa itu pengkhianat, masa itu pendendam
jasad jahanam dihentam dari segenap isi

harus dibiar atau diubah perjudian itu?
ku relakan ia menembusi roh
mencarik segala kekuatan, meninggalkan cebisan zarah

termaktub perjanjian yang wajib ditaati
jika dimungkiri akan terus mati
logika tidak pernah menemui titik absurditi
seperti monyet-monyet bodoh yang menari

hari semalam bergelak ketawa
hari-hari esok bagaimana?
masih wujudkah pemandangan yang indah?
atau terus rebah mengikut putaran masa?

matinya kami bukan di tangan kau!

pusingnya hukuman suatu kehidupan
mana pergi sang hakim?
pembela hilang sebelum berperang

tinggi tak pernah lama
jatuh sentiasa bersama

kasihan si putih
ditikam, dihunus kejamnya duniawi
girang si hitam
disogok, dijulang penipuan duniawi

mari, pijaklah kami
tembak rasa dengki itu pada kami
fitnah adalah makanan kami
kerana pembunuhan itulah yang menghidupkan kami