matinya kami bukan di tangan kau!

pusingnya hukuman suatu kehidupan
mana pergi sang hakim?
pembela hilang sebelum berperang

tinggi tak pernah lama
jatuh sentiasa bersama

kasihan si putih
ditikam, dihunus kejamnya duniawi
girang si hitam
disogok, dijulang penipuan duniawi

mari, pijaklah kami
tembak rasa dengki itu pada kami
fitnah adalah makanan kami
kerana pembunuhan itulah yang menghidupkan kami