aku yang khilaf berkasih ketika hingusan. tetapi kau yang jahil meletakkan otak di kemaluan. hidup berdekad tapi bodoh macam babi, baik pergi mati.
malam ini aku tundukkan keegoan yang aku agungkan. malam ini aku buka peti yang aku kuncikan.
duduk rapat-rapat sini dengar cerita. kisah cinta pertama kononnya. simpan saja bidadari kayanganmu itu. kami tak perlu ahli baru. siapa kau di sini? mana darah-darahmu yang sebenar-benarnya? sudah halalkah segala sentuhan?
hoi jagalah ibumu selagi mampu. dia utusan Tuhan ke atas kau, bukan titipan kau ke atas orang lain. aku malu bersaudarakan manusia yang bebal seperti kau.
aku tak pernah lari. cuma langkah perlahan dan pergi. jangan ditanya tak perlu cari. sebab apabila di depan kau, aku hanyalah ilusi. kalau ada pun, hanya untuk mereka.
izinkan aku tembak tepat ke jantungmu sambil jerit KAU SAMPAH!
BatuKan Dunia.
selamat hakim-hakim dunia
mainan minda kerap berlari-lari di atas jari
menanti masa untuk dibogelkan
tapi kini dah telanjang bulat sepenuhnya
mana mahu dimula?
apabila hidup harus menjaga
apabila nafas mesti memilih
aku pilih untuk pergi dari pembunuh-pembunuhku
diam adalah senjata
bendera putih penjaga maruah
kedengaran seperti sang lemah mahu menyerah
takut-takut suara bercampur sumpah seranah
petang ini hamba akan berperang
buat pemberontak-pemberontak sejagat
hantuk dan tumbuk pada angin
semoga aman sekalian
rock the world!
mainan minda kerap berlari-lari di atas jari
menanti masa untuk dibogelkan
tapi kini dah telanjang bulat sepenuhnya
mana mahu dimula?
apabila hidup harus menjaga
apabila nafas mesti memilih
aku pilih untuk pergi dari pembunuh-pembunuhku
diam adalah senjata
bendera putih penjaga maruah
kedengaran seperti sang lemah mahu menyerah
takut-takut suara bercampur sumpah seranah
petang ini hamba akan berperang
buat pemberontak-pemberontak sejagat
hantuk dan tumbuk pada angin
semoga aman sekalian
rock the world!
Subscribe to:
Posts (Atom)
