selamat hakim-hakim dunia
mainan minda kerap berlari-lari di atas jari
menanti masa untuk dibogelkan
tapi kini dah telanjang bulat sepenuhnya
mana mahu dimula?
apabila hidup harus menjaga
apabila nafas mesti memilih
aku pilih untuk pergi dari pembunuh-pembunuhku
diam adalah senjata
bendera putih penjaga maruah
kedengaran seperti sang lemah mahu menyerah
takut-takut suara bercampur sumpah seranah
petang ini hamba akan berperang
buat pemberontak-pemberontak sejagat
hantuk dan tumbuk pada angin
semoga aman sekalian
rock the world!
