Temani aku.

Masa
Sedarkanlah aku dari alpa
Iringi aku sejajar dengan usia

Masa
Kau herdik pada manusia durjana
Yang aku bukan bernafas untuk mereka

Masa
Kau bilang sama syaitan celaka
Yang aku tidak mati kerana kata

Masa
Jadilah saksi pada dunia
Akan pemergian aku si penghuni neraka

Masa
Dabiklah dada tundukkan kepala
Akan kehadiran aku si ahli syurga

Masa
Kirimkanlah malaikat pencabut nyawa
Agar aku terlepas dari calitan dosa

Apabila sudah tiba masa
Aku terbang menggalas dosa
Aku merangkak menjunjung pahala
Aku pergi selamanya
Selamat tinggal cerita